Major Medical Card (PruBSN Medical Card)


money medical

Semua orang bercerita tentang Medical Card, tapi tahukah anda apa manfaat daripada PruBSN Medical Card?

Secara ringkasnya PruBSN Medical Card adalah manfaat perubatan untuk meringankan beban kos perubatan.

Tapi apakah yang kriteria yang mendapat perlindungan dan apa yang dikecualikan ? Mari saya jelaskan di bawah.

PruBSN Medical Card memberi manfaat untuk

  • Bilik & Penginapan Hospital Harian
  • Unit Rawatan Rapi (ICU)
  • Pembedahan
  • Perkhidmatan Dalam Hospital dan Yang Berkaitan
  • Rawatan sebelum Dimasukkan hospital
  • Rawatan selepas dikeluarkan dari hospital
  • Penjagaan jururawar di rumah
  • Pembedahan balik hari
  • Rawatan penyakit barah
  • Dialisis buah pinggang
  • Rawatan kecemasan untuk kecedaraan akibat kemalangan

Apa yang dikecualikan?

  • Kecederaaan yang disengajakan , waras atau tidak.
  • Kecederaan sebab peperangan, rusuhan, permusuhan, perang saudara, pemberontakan, revolusi, militari, pergaduhan awam
  • Berpunca dari kehamilan, kelahiran, keguguran atau pengguguran (Boleh dimasukkan dengan menambah Pelan Takaful Puteri Plus)
  • Pembedahan kosmetik atau plastik (kecuali diperlukan akibat kemalangan atau penyakit)
  • Pendermaan organ
  • Pertukaran jantina
  • Pemeriksaan medikal
  • Pemeriksaan X Ray
  • Rawatan mengurangkan berat badan
  • Rawatan AIDS /HIV or jangkitan seksual
  • Caj telekomunikasi, sewa televisyen, penggunaan mini bar
  • Penyakit mental
  • Rawatan alkohol dan dadah
  • Ketidaksuburan, kemandulan, kecacatan kelahiran
  • Berkhatan
  • Kecederaan dari sukan professional
  • Kecedaraan dari aktiviti sukan udara
  • Kecedaraan dari  cubaan melanggar undang undang (merompak)

Terdapat penyakit penyakit tertentu yang akan dilindugi di bawah PruBSN Medical Card hanya selepas 120 hari menerima polisi

Penyakit penyakit tertentu tersebut adalah :

  • Batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu
  • Hipertensi atau penyakit kadiovaskular (serangan jantung dikecualikan)
  • Diabetes mellitus
  • Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah
  • Pembenahan sinus, septum hidung atau tonsil
  • Hernia, buasir atau fistula
  • Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin

Penyakit penyakit tertentu adalah penyakit biasa yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. Tetapi mereka masih tidak mendapatkan  PruBSN Medical Card kerana syarikat tempat bekerja telah dilindungi mereka untuk semua di atas.

Memang betul tapi baca kisah benar yang berlaku kepada ayah saya sendiri,

Kisah Benar

Kisah ini berlaku sebelum saya menyertai Prudential. Ayah saya tidak mempunyai PruBSN Medical Card kerana beranggapan syarikat akan melindungi semua kos perubatan.

Ayah saya mendapat penyakit Batu Karang,  pembedahan perlu dilakukan. Kos RM15k di tanggung sepenuhnya oleh syarikat. Pembedahan itu dibuat di Hospital Swasta.

Batu karang tidak sembuh begitu sahaja, pembedahan kedua diperlukan. Ayah saya memohon di syarikat untuk pembedahan kali kedua tetapi di tolak kerana, telah lebih had tahunan. Tetapi pembedahan kedua ini adalah yang paling kritikal.

Disebabkan kewangan adalah masalah utama, Ayah hanya terpaksa melakukan pembedahan di Hospital Kerajaan,  tetapi pembedahan terpaksa ditangguhkan kerana ramai lagi yang telah lama booking untuk pembedahan batu karang. Tetapi pembedahan Ayah yang tidak boleh ditangguhkan kerana ia akan memudaratkan. Permohonan dibuat semula kepada syarikat tetapi tetapi ditolak.

Tiada cara lain, Ayah saya terpaksa menunggu lebih 4 bulan untuk pembedahan kali kedua di Hospital Kerajaan. Sepatutnya sebulan selepas pembedahan pertama, pembedahan kedua harus dilakukan. Ayah saya menanggung kesakitan lebih 4 bulan kerana tidak dibedah. Sedih saya melihat Ayah saya.

.

Alhamdullilah , semuanya selamat sekarang tetapi sakit yang ditanggung oleh Ayah menyedihkan hati saya.  Sekarang adalah terlewat untuk ayah saya mendapatkan PruBSN Medical Card untuk dapat perlindungan Batu Karang. Batu Karang dikecualikan dari perlindungan ayah saya.

Oleh itu, jika syarikat anda menjanjikankan Medical Cover kepada anda, pastikan anda tahu apa yang anda dapat dan berapa limit setahun untuk kos perubatan yang dilinduing kepada anda.

Jangan sampai di waktu memerlukan, semuanya telah terlewat. Penyakit penyakit tertentu, adalah sebab utama kita harus mengambil insurans ketika muda dan sihat,  jika sudah menghidap penyakit 100% anda tidak dilindungi.

About these ads

2 responses to “Major Medical Card (PruBSN Medical Card)

  1. salam ukhuwwah ya akhi…mohon share artikel blh ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s